seksakah jadi cikgu?- dulu, masa mula-mula praktikal,saya memang rasa,sangat seksa jadi cikgu.penat tak boleh blah punya.kadang-kadang kene stay dari pkul 7pagi-7ptg.kene berkejar satu sekolah mencari klien.sampai satu masa,saya msg kawan2,tanya apa perasaan mereka masa praktikal ni,ada yang cakap,rasa macam tak nak jadi cikgu..YA.kadang-kadang ada timbul perasaan xnak jadi cikgu..tapi,sebab AZAM,sebab SEMANGAT, akhirnya saya telah jadi seorang cikgu jua..
- lpas tu dapat je 1st posting,terus dhantar ke sekolah yang amat dahsat budaknya..panjang kata,saya tak pernah jumpa bebudak yang sangat menduga akal dan mencabar minda ni.masa mula-mula masuk,kene mengajar.mengajar pulak kelas yang superb 'bertuah'.ya,sayalah orang bertuah itu..hari-hari menghitung hari,bila mau cuti.haha
saya terpanggil (ewah ewah) menulis entry ini sebab ada sedikit kekesalan dalam ati saya dengan pandangan masyarakat tentang menjadi seorang cikgu ini. beberapa minggu lepas, saya terbaca satu entry ini, 'SEKSAKAH MENJADI GURU, tersenyum sinis'..ok..saya rasa tibe-tibe macam bengang satu badan.
apakah maksod 'tersenyum sinis' itu?
a. diorang (cikgu) memang banyak kerja wei..sampai malam pn dok buat kerja lagi tau
b. ala..seksa2 pn sempat je men FB masa ngajar..tp diorang mmg bz tahap cipan la
c. ah..takda maknanya.cikgu2 ni,kerjanya mengumpat je kat bilik guru tuh
d. no komen
(sila pilih jawapan mengikut citarasa anda)
aduhai masyarakat..hentikanlah pandangan sinis kamu semua terhadap kami.takkanlah sebab kami dapat cuti sebulan kamu semua nak buat kecoh satu kampung.atau sebab kami ni diwar2kan bergaji besar,lupekan semua itu ya..
1.
cuti kami yang kerap dan lama itu hanya omong2 kosong..memang kami cuti sebulan tapi kerja yang kene kami dapat tak mampu disiapkan dalam masa sebulan tuh..xpercaya?cth:kami kene arrange semua repot2 card ikot kelas,kene streaming nama utk pelajar f1 masok, streaming pelajar sedia ada, jaga exam, dll hoh..siapa cakap kami boleh bersenang lenang masa cuti ha?lgpon,cuti rehat kami ada 7hari je..korang???
2.
keje cikgu hebat,banyak duet..kerja senang je pon-ello...kami gaji tidak besar dan kami bukan orang kaya baru yer..memang,kami warga cikgu ni,adalah sasaran utama:agen penjual kereta,agen insuran,agen skim cepat kaya..haha ni bukan penipuan ye.bab gaji semua sama je.memang nampak besar tapi setelah ditolak-tolak,cukup2lah nak memenuhkan isi perot sendiri smpai kembong.haha
3.
kami berhadapan dengan bakal pewaris negara,juga bakal pemusnah negara. maka,tenaga kami dikerah dengan secukup-cukupnya hanya untuk memastikan anak-anak kawan-kawan semua menjadi orang yang berguna;sekurang-kurangnya tidak menconteng arang ke muka orang tua.ok..
sangat tidak kewl kepada mereka yang menganggap profesion perguruan sebagai 2nd class..ada yang dengan sombongnya,'ah aku xnak jadi cikgu.apa kelas' eh tup tup,bila keluar u,sana sini cari kerja,bila xdapat,selamba pulak muka korang minta jadi cikgu kan..ha..tgk..Allah nak bayar cash punya.riaklah,konon2,xseswai la,xsetaraf degree yg ada lah..ewah ewah..kalau anda memang berniat nk membantu anak bangsa,silakan memohon tapi kalau stakat nk jadi cikgu sebab xdapat kerja,haiii lupekan ajelah..kedatangan kamu tidak dialu2kan..wink wink
p/s:
entry ini bukan ditulis untuk menyinggung siapa2.cuma saya minta tolonglah hormatkan profesion kami.kami juga manusia biasa,yang ingin membantu orang lain menjadi insan yang lebih sempurna.
'buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan'
SELAMAT HARI GURU (eh tibe-tibe kan)hahaha